Monday, 19 December 2011

Turun Bendera Najib : Saifuddin Tegur Mahasiswa

SHAH ALAM, 19 DIS : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menyelar tindakan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SAMM) menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri.
 
Mereka berbuat demikian Sabtu lalu kerana menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan.
 
Saifuddin berkata tindakan ahli SAMM berkenaan “bukan demokrasi” namun ia tidak akan menjejaskan usaha kerajaan untuk membawa pembaharuan yang diinginkan di kampus university.
 
“Insiden bendera d PWTC bukan demokrasi. Ia tak ganggu, malah kuatkan komitmen kerajaan meminda AUKU untuk  benarkan maasiswa berpolitik dengan  sihat,” kata beliau dalam Twitternya.
 
Beliau dijangka mengulas lanjut insiden itu pada sidang medianya di Parlimen hari ini.
 
Sabtu lalu, kir-kira 200 mahasiswa berarak untuk menuntut AUKU dimansuhkan kerana menyekat  kebebasan akademik dan hak berpolitik serta kebebasan bersuara.
 
Mereka menurunkan bendera Najib di ibu pejabat Umno dan menaikan bendera SAMM sebagai tanda protes.
 
Kerajaan sebelum ini bersetuju memansuhkan Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menyertai parti politik.
 
Susulan keputusan itu, Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan meja rundingan bulat membabitkan parti pembangkang, parti komponen BN, aktivis masyarakat dan wakil pelajar untuk menerima maklum balas mereka.

No comments:

Post a Comment