Sunday 25 December 2011

Gaduh Karpal-Ramasamy Tambah Buruk


KUALA LUMPUR, 24 DIS :Kemelut DAP bertambah buruk apabila Pengerusi DAP Karpal Singh Karpal Singh hari ini mendesak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasmy untuk meletak jawatan kerana membuat dakwaan serius terhadap ahli parti itu.
 
Ramasamy semalam dipetik bahawa sekumpulan ahli DAP berkonspirasi untuk menjatuhkannya kerana beliau enggan melayan tuntutan mereka bagi mendapatkan projek tertentu.
 
Karpal berkata tuduhan itu menjejaskan kewibawaan DAP dan dibuat tanpa mengemukakan sebarang bukti.
 
“Dr Ramasamy harus berundur daripada jawatannya dalam kerajaan negeri kerana beliau telah melanggar arahan  jawatankuasa parti supaya tidak menghebahkan masalah dalaman parti kepada media,” kata Karpal pada sidang akhbarnya.
 
“Dr. Ramasamy membuat dakwaan serius, Sehingga sekarang, beliau menafikan membuat kenyataan itu,”  kata Karpal.
 
Pergaduhan antara dua tokoh itu telah berpanjangan beberapa minggu dengan kedua-dua pihak saling tuduh menuduh mengenai kepimpinan masing-masing. 
 
DAP menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi untuk mendamaikan mereka, tetapi kenyataan terbaru Ramasamy dan Karpal menunjukkan bahawa krisis itu akan berpanjangan. 


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJdf

No comments:

Post a Comment