Thursday 22 December 2011

NFC : 'Datuk' Berusia 45 Tahun Direman


KUALA LUMPUR, 22 DIS : Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.
    
Perintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki berumur 45 tahun itu oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman tengah hari tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat sini. 
    
Lelaki itu, yang  dibawa dengan kereta polis, tiba di Balai Polis Bukit Jalil, pada jam 9 pagi, lapor Bernama.
    
Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dipercayai telah mengambil keterangan daripada lelaki itu dari jam 3 petang hingga 6 petang semalam.
    
Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJNi

No comments:

Post a Comment