Thursday 29 December 2011

Bekas ADUN Jeram Padang Meninggal Dunia


SEREMBAN, 29 DIS : Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Padang Datuk M. Sundram meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Appolo Karaikudi, Tamil Nadu, India, malam semalam.

Mendiang berusia 67 tahun, meninggalkan isteri Datin R. Nagaratnam, 59, dan dua anak lelaki Saravanan, 33, dan Pertap, 27.

Anggota Exco kerajaan negeri Datuk V.S.Mogan, yang juga Ketua Penerangan MIC pusat, memberitahu Bernama beliau dimaklumkan Sundram meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam waktu India.

Beliau berkata mayat mendiang akan dibawa ke rumahnya di Taman Rantau di sini awal pagi esok dan akan dikebumikan pada Jumaat.

Mendiang pernah dilantik sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan dari 1995 hingga 1997 dan dipilih menganggotai Majlis Tertinggi pusat parti itu. 


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZZj

No comments:

Post a Comment