Friday 30 December 2011

Datuk Kes NFC Disyaki Terbabit 10 Penipuan


KUALA LUMPUR, 30 DIS : Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, yang ditahan bagi membantu siasatan penyelewengan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC), disyaki turut terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes penipuan di sini, Selangor, Perak, Negeri Sembilan membabitkan kerugian jutaan ringgit. 

Berita Harian yang memetik sumbernya melaporkan, berdasarkan modus operandi yang digunakannya, suspek berusia 45 tahun itu dipercayai memperdayakan mangsa dengan mendakwa mengenali orang kenamaan termasuk ahli politik yang boleh membantu mendapatkan tender kerajaan atau swasta dengan menggunakan sejumlah bayaran sebagai kos khidmat rundingan. 

" Di Kuala Lumpur sahaja, ahli perniagaan ini dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes penipuan, dengan kes terbaru dilaporkan di Putrajaya membabitkan kerugian RM18,000. Suspek turut dikehendaki untuk membantu siasatan kes penipuan di Selangor, Peak dan Negeri Sembilan. 

" Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti kes lain termasuk kesahihan perniagaan dijalankannya, selain dakwaan suspek memiliki syarikat pengangkutan dan agensi pembangu rumah,"katanya. 

Ahli perniagaan itu ditahan semula Isnin lalu, selepas direman lima hari mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung cubaannya menyogok tiga pegawai kanan polis yang mengendalikan siasatan NFC. 

Penahanan reman kali ini bagi membantu siasatan aduan seorang wanita pada 7 Ogos 2009, yang mendakwa ditipu ahli perniagaan itu bagi mendapatka kiosk stesen minyak di Lembah Klang sehingga mengakibatkannya kerugian RM280,000.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani, mengesahkan pihaknya berjaya mendapatkan sambungan perintan reman sehingga hari ini ke atas ahli perniagaan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZdj

No comments:

Post a Comment