Wednesday 28 December 2011

ISA Terajui Koperasi Felda: ANAK Mahu SKMM Jelaskan


KUALA LUMPUR, 28 DIS: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sekali lagi mendesak Suruhanjaya Koperasi Malaysia mejelaskan status Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad.

Pengerusinya, Mazlan Aliman membuat aduan kali kedua kepada SKM selepas mendakwa badan itu gagal memberikan jawapan memuaskan bersabit perlantikan itu.

"Satu ialah tentang status Tan Sri Isa Samad sebagai Ahli KPF dan aduan yang kedua ialah mengenai status beliau mengenai Pengerusi KPF," katanya selepas membuat laporan kali kedua tersebut di Ibu Pejabat SKM.

Beliau berkata dalam surat jawapan yang pertama yang diberikan oleh SKM bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang memuaskan.

"Pada hari ini pada tarikh 10 November, kita terima jawapan balas dan jawapan balas yang diterima ANAK adalah sangat tidak memuaskan hati kami.

"Alasan yang diberikan oleh SKM bahawa Tan Sri Isa Samad belum lagi disahkan sebagai Pengerusi KPF dan SKM tidak sebut pun tentang status Isa Samad sebagai Pengerusi KPF," katanya.

Ekoran itu Mazlan berkata kebimbangan ini akan memberi kesan yang lebih besar kepada Felda sekiranya status tersebut masih tidak dijelaskan dengan lebih terperinci.

"Jadi sekarang ini berlaku percanggahan antara Perdana Menteri dengan SKM. SKM kata belum lagi tetapi Najib kata telah pun dilantik.

"Dan hari ini Isa telah pergi ke seluruh Felda dan mengatakan dia adalah Pengerusi KPF, dia jual nama Perdana Menteri bahawa dia telah dilantik oleh Perdana Menteri," katanya.

Beliau akan mengadakan dengan perjumpaan 11 Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membincangkan kemelut berkenaan esok di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur esok.

Katanya lagi, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Marina Yahya akan mendengar permohonan daripada pihak plaintif Felda Jengka 15 bagi menentukan status Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 5 Januari ini pada 4 Januari depan.

"Pengerusi Felda akan membuat EGM pada 5 Januari dan kita minta ia ditangguhkan untuk mendengar permohonan kami dan Hakim bersedia untuk mendegar permohonan pada 4 Januari di Mahkamah Tinggi Kuantan.

"Jadi semuanya ada satu kaitan antara satu sama lain yang menuju kepada penyeneraian Felda Global Ventures di bursa Malaysia," katanya.

Terdahulu ANAK telah membuat saman pemula bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Sdn. Bhd dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding.

ANAK berkata mereka mendapat maklumat bahawa penyenaraian FGVH itu ke bursa Malaysia hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZNj

No comments:

Post a Comment