KUALA LUMPUR, 21 DIS : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata beliau tahu apa yang perlu dilakukan bersabit kedudukannya dalam kerajaan dan parti serta akan membincangkang perkara itu bersabit kemelut “lembuh dan kondo” dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sekali lagi menegaskan beliau tidak terbabit dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan “hanya isteri” kepada pengerusi eksekutif projek kontroversi itu yang dibiayai dengan pinjaman mudah RM250 juta kerajaan.
“Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjwab dan veteran dalam politik, yang menyayangi Barisan Nasional (BN), saya tahu apa tindakan yang harus diambil dan akan berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada pemberita.
Sharizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata, dari sudut “perundangan dan profesional, saya tidak terlibat dalam NFC”, yang dikaitkan dengan keluarganya.
“Saya hanya isteri pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami,” kata beliau.
Sejak isu NFC dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara dan susulan dakwaan pembangkang bahawa syarikat projek itu terbabit dalam beberapa urusniaga yang mencurigakan, Sharizat didesak oleh pelbagai pihak supaya melepaskan jawatan menteri.
Desakan itu dibuat oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kalangan Ahli Parlimen parti itu namun ramai juga yang berpendirian beliau tidak perlu melepaskan sebarang jawatan kerana tidak terbabit dalam projek berkenaan.
Antara lain syarikat milik keluarga sharizat didakwa membeli tiga kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura, kereta mewah, tanah di Putrajaya dan gagal Menepati sasaran yang ditetapkan untuk NFC.
No comments:
Post a Comment