KUALA LUMPUR, 21 DIS : Meskipun tidak lagi bergelar pensyarah undang- undang dimana- mana universiti pada Januari 2012, Profesor Abdul Aziz Bari tetap akan meneruskan perkongsian kepakarannya dalam bidang perlembagaan.
Jika sebelum ini, beliau sering dirujuk sebagai tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kali ini beliau akan berdiri sebagai individu dan tidak bersandar kepada mana- mana institusi untuk melontarkan pandangan akademiknya.
"Saya tidak perlu landasan. Saya tidak perlu platform. Saya salur sebagai sayalah, individu.

"Kepakaran saya tetap ada bersama saya. Universiti tidak boleh ambil. Saya tidak tinggal kepakaran saya disana. Saya bawa bersama saya," tegasnya.
Aziz berkata, pengundurannya dari UIA bukan titik noktah kepadanya untuk melontar pandangan selagi ia melibatkan bidang kepakarannya.
"Kalau ada pihak yang memerlukan kepakaran saya, saya bagilah. Saya tidak memerlukan organisasi atau persatuan untuk bercakap. Selama ini pun saya tidak bercakap atas nama UIA atau atas nama universiti. Tapi atas nama saya sendiri. Cuma kebetulan saya bertugas di UIA.
"Masa akan datang macam tu juga. Kalau saya masuk mana- mana parti, pertubuhan atau apa sahaja, itu tidak memberi kesan apa- apa pada saya.
"Soal kualiti dan autoriti, saya yang menentukan, bukan orang lain," tegasnya lagi.
Aziz ketika dihubungi AntaraPos.com tidak menafikan desas desus yang mengatakan beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai tenaga pengajar di UIA, 31 Disember ini, meskipun beliau telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred ‘A’.
"Saya tidak menafikan berita itu," jelasnya.
Aziz menegaskan beliau bukan dipecat malah percaya bahawa UIA tiada alasan kukuh untuk berbuat demikian.
Aziz sebelum ini menjadi sasaran siasatan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ekoran ulasannya terhadap titah Sultan Selangor bersabit pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) ke atas sebuah gereja Ogos lalu.
Pakar Perlembagaan itu berkata, keputusannya untuk meninggalkan UIA adalah berpaksi kepada kekangan demi kekangan yang dikenakan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga terhadap semua cendekiawan- cendekiawan negara.
Aziz, 52, telah berkhidmat lebih dua dekad di Kuliyyah Undang-undang UIA dan sering dilantik sebagai pemeriksa luar bagi ijazah lanjutan baik di dalam maupun di luar negara.
Difahamkan Aziz sedang menyiapkan buku ke-10 beliau, yang menyentuh mengenai kedudukan dan peranan raja berperlembagaan di Malaysia.

No comments:
Post a Comment