Thursday 22 December 2011

Sumbangan Dana Ke Akaun Peribadi Tidak Masuk Akal - TI


KUALA LUMPUR, 22 DIS : Badan pemantau rasuah, Transparency International Malaysia (TIM) berkata adalah tidak masuk akal untuk sebarang sumbangan program kebajikan dimasukkan kedalam akaun bank peribadi seseorang.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata tindakan memasukkan apa sahaja sumbangan kedalam akaun perseorangan akan menimbulkan syakwasangka dan menggalakkan penyalahgunaan wang berlaku.

"Menerima sumbangan melalui akaun bank individu sememangnya langsung tidak boleh diterima. Ia membuka banyak ruang untuk penipuan dan tuntutan falsu. Ia boleh disalahgunakan," katanya.

Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin mengaku menerima sumbangan wang tunai melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya untuk program sosial, seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.

Beliau menjelaskan akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasannya Bachok, Kelantan.

Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJNn

No comments:

Post a Comment