SHAH ALAM, 22 DIS : PAS akan memanggil beberapa pemimpinnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai pertelingkahan pendapat sesama mereka muthakir ini.
Mereka adalah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata arahan memberi penjelasan itu perlu dibuat agar isu- isu yang dibangkitkan mereka tidak mengganggu persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
"Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah," katanya.
Beliau menegaskan, dalam keadaan PRU semakin hampir, pemimpin PAS sepatutnya menepis perbezaan pendapat sesama mereka dan bersatu padu memantapkan parti.
"Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai ‘team player’ untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim juga berkata, penyokong PAS tidak perlu resah dengan perkembangan terkini ini, dan meminta agar mereka meletakkan kepercayaan penuh kepada kepimpinan parti yang dipimpin oleh golongan ulamak dan profesional.
"PAS ialah sebuah parti dan jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.
"Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam," tegasnya.
"Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti," tegasnya.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJJf

No comments:
Post a Comment