Sunday 25 December 2011

ADUN Tendong Meninggal Dunia


PETALING JAYA, 24 DIS : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Pasir Mas, Dr Muhammad Daud meninggal dunia pada awal pagi tadi. 

Menurut Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerusi laman sosial Facebook milik beliau, Dr Muhammad meninggal dunia secara mengejut.

Yang Dipertua Pasir Mas Pas, Hanifa Ahmad dalam laman web Harakah Daily pada Sabtu dipetik sebagai berkata, ADUN Tendong itu dipercayai mendapat serangan jantung.

Hanifa berkata, pagi Khamis Allahyarham sempat menghadiri Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan kepada penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Nik Aziz dan Hanifa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJZj

No comments:

Post a Comment