Thursday 29 December 2011

Ku Li Bakal Ketuai Kempen Anti-Penyenaraian Felda Global?


KUALA LUMPUR, 29 DIS: Bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah kini “dipancing” oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) untuk menjadi ikon kempen membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad di Bursa Kuala Lumpur.
 
Mantan Menteri Kewangan itu memberi respon yang baik setakat ini sungguhpun belum lagi menerima pelawaan itu secara muktamad, kata Presiden ANAK Mazlan Aliman.
 
Mazlan yang juga  juga ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Tengku Razaleigh dipilih kerana beliau antara pengasas Felda dan sebelum ini membantu memperjuangkan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalty petroleum. .
 
"Kami akan terus gerakan ini dengan dinamakan dengan Gerakan Selamatkan Felda ke seluruh negara dan akan membabitkan Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pernah membangkitkan isu royalti petroleum,"kata Mazlan.
 
Mazlan menggesa Tengku Razaleigh memimpin program jelajah seluruh negara bersama wakil 10 pertubuhan bukan kerajaan lain, termasuk ANAK untuk menzahirkan bantahan mereka terhadap penyenaraian FGVH.
 
Selain Tengku Razaleigh,  Mazlan juga memperlawa n beberapa tokoh lain yang banyak berjasa kepada Felda, termasuk bekas pengerusi  badan itu,  Tan Sri Raja Alias Raja Ali. 
 
ANAK dan NGO berkenaan membantah penyenaraian FGVH kerana bimbang pelaburan oleh syarikat itu akan merugikan peneroka dalam jangka panjang.  


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZZg

No comments:

Post a Comment