Monday 26 December 2011

"Akhbar The Star Putar Belit Kenyataan Saya" - Ramasamy


KUALA LUMPUR, 26 DIS : Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy hari ini menafikan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya terdapat penyelewengan dikalangan pimpinan DAP, seperti yang dilaporkan media baru- baru ini.

Beliau juga menafikan kenyataan bahawa terdapat usaha untuk menyingkirkan dirinya daripada parti.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya yakin 99 peratus daripada perbualan berkenaan hanya berkisar berkenaan pembangunan Pulau Pinang dan tidak melibatkan sebarang tuduhan terhadap pemimpin DAP,” katanya.

Ramasamy sebaliknya menunding jari kepada akhbar The Star yang menurutnya memutar belitkan kenyataannya.

Akibatnya, pertelingkahannya dengan Ketua DAP Pulau Pinang, Karpal Singh semakin parah sehinggakan beliau didesak agar meletak jawatan.

“Punca kepada kontoversi yang timbul baru-baru ini adalah daripada perbualan saya dengan dua wartawan, seorang dari The Star dan seorang lagi daripada wartawan ‘online’ pada 21 Disember," jelasnya.

Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar itu tidak berasas dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian, dan wartawan terbabit turut menyatakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku.

Menurut Ramasamy lagi, wartawan ‘online’ terbabit turut menyemak semula kenyataannya dan mengesahkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya sudah menyatakan kekesalan kepada wartawan terbabit atas berita yang dikeluarkan, dan wartawan berkenaan berjanji akan memperbetulkan kesilapan terbabit, namun begitu, keesokan harinya, kenyataan yang dikeluarkan dalam satu ayat itu berbunyi ‘‘ Professor menukar kenyataan lagi’’ dan pada hari yang sama juga, Pengerusi DAP, Karpal Singh menuntut saya meletak jawatan,” katanya.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJli

No comments:

Post a Comment