Wednesday 28 December 2011

Nik Aziz Minta Rakyat Kelantan Jangan Tolak Bantuan RM500


BACHOK, 28 DIS : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat negeri itu agar menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak)(bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima.

"Yang gantung (kain rentang) tu mengarut sahaja...nak bagi berapa pun ambil tapi bila mengundi, undi bulan," katanya kepada pemberita selepas meninjau hakisan akibat ombak besar di kawasan pantai di sini, hari ini.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang yang tertera gambarnya dan kenyataan bahawa pemberian sebanyak RM500 itu adalah haram Nik Aziz berkata ia tiada kaitan dengan dirinya.

Katanya lagi, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengantung kain rentang itu adalah kerana kecewa. 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lepas mengumumkan pemberian bantuan RM500 kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih. 



LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZRi

No comments:

Post a Comment