Sunday 25 December 2011

Sambut Krismas Dengan Muhibah - Najib


KUALA LUMPUR, 25 DIS :  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia agar menyambut Hari Krismas dengan memahami rakan-rakan rakyat Malaysia dengan lebih baik, dan menghargai mereka atas kepelbagaian dan kekuatan yang mereka bawa kepada negara ini. 
"Apa yang paling saya suka mengenai waktu Krismas ialah ia mengingatkan kita semua untuk menyebarkan perasaan muhibah dan kegembiraan, tepat pada masanya
untuk menyambut Tahun Baru dan membuat permulaan yang baru. Tidak salah sekiranya kita diingatkan sekali-sekala," katanya.
Dalam perutusan Hari Krismas yang dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my, Najib berkata beliau sentiasa percaya bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan, "kita mesti merebut peluang untuk memupuk persefahaman yang lebih baik antara rakyat Malaysia daripada budaya dan kepercayaan yang berbeza."
Perdana Menteri berkata beliau mengetengahkan kepercayaan beliau ini pada Julai lepas apabila beliau mengetuai delegasi kerajaan untuk membuat kunjungan hormat
kepada Pope Benedict XVI di kediaman musim panas beliau di Castel Gandolfo, dan berkongsi wawasan beliau mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global.
"Dari lawatan kerja itu, Malaysia dan Holy See (Vatican City) telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik, yang saya harap akan membawa kepada pautan
dan dialog antara agama yang lebih erat antara kita," katanya.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJdj

No comments:

Post a Comment