Friday 23 December 2011

Penjara Setahun Tidak Cukup Untuk Khir Toyo, Kata Pembangkang


SHAH ALAM, 23 DIS : Pembangkang tidak berpuas hati dengan hukuman penjara setahun terhadap Khir Toyo dan mahu beliau didakwa atas tuduhan-tuduhan lain bersabit rasuah dan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani turut menyifatkan Khir sebagai “'kambing hitam yang ada nyawa tetapi tidak boleh kemana'  kerana  tidak ada pendakwaan yang lebih menyeluruh.

"Isunya ialah pertuduhan yang banyak kepada Khir Toyo tetapi yang melekat hanya satu manakala yang lainnya tidak disiasat,” kata Ahli Biro Politik Parti Keadilan Rakyat itu kepada Antarapos.com.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJVm

No comments:

Post a Comment