Thursday 29 December 2011

Kepentingan Tidak Lagi Terjaga Punca Eng Hiap Boon Keluar Parti


GEORGETOWN, 29 DIS : Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon malam tadi mengumumkan perletakan jawatannya daripada semua jawatan parti kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Menurut Eng, 439 ahli juga akan keluar parti bersama-sama beliau sehingga mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri ini dibubarkan. 

Bercakap dalam satu sidang media malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book ketika dihubungi AntaraPos.com menyifatkan tindakan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang itu ekoran bimbang kedudukannya bakal terjejas berikutan Tee Keat tidak dicalonkan sebagai Presiden pada PRU akan datang. 

00:40-00:58
"(Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon) dulu merupakan orang Ong Tee Keat.Sekarang beliau sudah tidak tercalon jadi Presiden (maka) hak kepentingan tidak dijagalah dan dia (Hiap Boon) keluar parti kerana kepentingan peribadi,"katanya. 

Malah jelas beliau lagi, MCA Pulau Pinang sememangnya tiada masalah dan perkara ini tidak menjejaskan MCA itu sendiri.

02:48-03:10
"Sekarang MCA sudah bersatu padu, itu tiada masalah, keluar masuk parti ini perkara biasa. Kita mempunyai jutaan ahli, mesti ada yang keluar masuk. Itu perkara biasa,"tambahnya lagi. 


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZVm

No comments:

Post a Comment