Friday 23 December 2011

Khir Enggan Ulas Masa Depan Politiknya


SHAH ALAM, 23 DIS : Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo enggan mengulas masa depan politiknya setelah beliau dijatuhkan hukuman penjara selama setahun hari ini. 

Beliau yang ditemui media di luar mahkamah hanya berkata akan menghuraikan masa depan politiknya pada 9 Januari depan. 

Bagaimanapun beliau tidak mengulas mengapa memilih tarikh berkenaan.
 
Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Zahrah Kechik dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJRn

No comments:

Post a Comment