Monday 26 December 2011

Pemberian Kontrak : DAP Arah Pemimpin Bertelagah Tutup Mulut


SHAH ALAM, 26 DIS : Penasihat DAP Lim Kit Siang terpaksa campurtangan melarang pemimpin parti itu di Perak daripada bercakap kepada media mengenai kemelut pemberian sebuah tender kepada syarikat lebih tiga tahun lalu.

Kit Siang berkata Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dan Timbalan Pengerusi parti M.Kulasegaran bersetuju tidak akan membangkitkan isu itu lagi di dalam media.

“Kedua- dua Kulasegaran dan Nga bersetuju menyelesaikan menerusi saluran parti dan bukan media arus perdana BN,” kata beliau menerusi pesanan Twitter.

"Nga juga akan menjelaskan (isu kontrak) kepada pucuk pimpinan parti,” tambah beliau.

Perang mulut antara Kulasegaran dan Nga tercetus setelah Kulasegaran menggesa Nga untuk memberi penjelasana penuh mengenai sebuah kontrak menjahit kemeja kot untuk 

Ahli Majis Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada isterinya pada tahun 2008.

Kontrak itu diberikan selang beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Nga dilantik sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Kontrak itu dikatakan diberi kepada syarikat berkenaan sungguhpun ia membida dengan harga paling tinggi berbanding syarikat lain.

Kulasegaran dipetik berkata bahawa Nga tidak harus mencapurkan perniagaan dengan perniagaan serta seseorang tidak harus menyertai politik untuk membuat wang.

Nga bekata beliau menghormati arahan Kit Siang dan tidak akan mengulas lanjur.

"Saya akan biarkan pemimpin partI dan ahli untuk menilai perlakuan Kulasegaran,” tambah beliau.

Kulasegaran mempertahankan tindakannya meminta Nga menjelaskan peranannya dalam kontrak itu dan “saya tidak membuat tuduhan atau dakwaan.”

“Malangnya  komen saya disalah tafsir sebagai bukti parti mengahadapi masalah dalaman,” kata beliau.

“Ramai ahli dan penyokong bercakap mengenai isu itu. Mereka mahukan jawapan jadi saya hanya mengatakan bahawa Nga harus tampil memberi penjelasan,” tambah beliau. 


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJlj

No comments:

Post a Comment