Tuesday 27 December 2011

Konsert Hiburan Tidak Akan Dihalang Jika Ikut Peraturan - Xavier


SHAH ALAM, 27 DIS : Pakatan Rakyat membantah cubaan mana- mana pihak yang melarang atau mengharamkan konsert artis- artis di Malaysia, walaupun ia mungkin tidak dipersetujui oleh Pas.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, menegaskan pendiriannya bahawa sebarang konsert atau hiburan yang dianjurkan tidak akan dihalang selagi ia mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

Beliau menegaskan penganjuran konsert hiburan tidak wajar dihalang hanya kerana bantahan sebahagian pihak semata- mata. Beliau seraya mengingatkan, Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, agama dan bangsa. 
"Kalau ada orang tak sokong dia tak mahu pergi, tak payah pergilah. Kalau ada yang nak bawa anak dan nak pergi melihat sendiri penyanyi kegemaran mereka, kita beri peluang kepada pihak-pihak yang ingin menganjurkan. Kita tak boleh sekat pendirian satu dua orang atau diri sendiri.
"Itu bukan negara malaysia. Kalau malaysia semua kaum ada. Bukan satu kaum saja. Kita perlu toleransi satu sama lain," katanya.

Pas sebelum ini membantah penganjuran konsert artis gay, Alton John di Arena of Stars, Genting Highlands. Parti itu juga menentang penganjuran Konsert MTV World Stage di I- City Seksyen 7 Shah Alam baru- baru ini.

"Saya tak sokong kalau ada yang kata kita tak boleh adakan (konsert) dia (PAS) boleh buat bantahan tapi dia tak boleh menghentikan apa- apa. Jika ada yang minat, dia tak boleh buat apa- apa. Jika diberi permit, ikut peraturan, kita buat saja," tegas Xavier.

Semalam Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi memberitahu AntaraPos.com, Pakatan Rakyat diajukan persoalan, bagaimanakah nasib goongan artis, atlit dan selebriti jika Pakatan Rakyat berjaya menawan pucuk pemerintahan.

Beliau menerusi laman twritternya menjawab, "Artis, atlit dan selebriti usah bimbang masa depan dan periuk nasi mereka jika Pakatan Rakyat dimandat memerintah selagi tidak melanggar syariat".

Nasruddin berkata, Islam tidak menghalang hiburan namun ia mestilah mengikut syariat dan tidak melanggar batas- batas yang ditetapkan.

Mengulas perkara itu, Xavier berkata setiap individu mempunyai pendirian tersendiri yang perlu dihormati melalui suara majoriti.

"Di Malaysia setiap orang mempunyai pendirian masing-masing. Jika kita menghalang pendirian semua orang dan menetapkan minda mereka, bagaimana mereka nak hidup dalam negara ini?.
"Kalau pakatan rakyat memerintah, perkara begini tidak akan timbul. Kita beri peluang untuk buat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Theng Book berkata, pendirian yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda Pas semalam tidak lebih sekadar 'wayang' untuk memancing sokongan rakyat bukan islam menjelang Pilihan Raya Umum ke- 13.

Ini kerana Pas yang sebelum ini lantang menghalang penganjuran konsert- konsert hiburan secara tiba- tiba memberi jaminan kepada golongan tersebut.

"Sekarang apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat tidak boleh dipercayai. Sebab tak konsisten.

"DAP kata lain. PAS kata lain. PR kata lain. Itu semua wayang kulit saja," katanya.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZFo

No comments:

Post a Comment