Tuesday 27 December 2011

PKR Nafi Sebar SMS Cetus Huru-hara 9 Januari Depan


SHAH ALAM, 27 DIS : Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan penyebaran SMS yang mendakwa beliau mengeluarkan pekeliling mengajak anggota parti itu mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin menjelaskan, tujuan mengajak anggota parti dan penyokong gerakan reformasi keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti untuk memberikan sokongan pada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau menyeru semua pihak berhimpun secara amatan mematuhi arahan petugasparti serta tidak terjebak dengan tindakan provokatif pada hari keputusan kes liwat melibatkan Anwar diumumkan itu.

Pada 15 Disember lalu Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari depan bagi keputusan kes liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas peguam utama Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menamatkan penghujahan mereka di akhir kes pembelaan.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZFn

No comments:

Post a Comment