Wednesday 28 December 2011

Perkasa Mahu Akta Hasutan Diguna Ke atas Paderi Berhubung Hak Orang Melayu


KUALA LUMPUR 27 DIS : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan terhadap seorang paderi yang didakwa mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan berhubung hak orang Melayu.
 
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata kenyataan Padeti Dr Eu Hong Eng semasa sambutan Hari Krimas boleh memecahbelahkan keharmonian  kaum di negara ini.

Dalam kenyataan itu, paderi daripada Gereja National Evangelical Christian Fellowship mendakwa Artikel 153 digunakan untuk membuli masyarakat bukan Melayu Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi tanggungjawab kepada Yang DiPertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu.

Ini dilakukan antara lain dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.

"Bila disebut kononnya 153 membuli lain- lain kaum merupakan kenyataan tak bertanggungjawab dan mengundang provokasi. Maka Perkasa mendesak Kerajaan menggunakan akta hasutan untuk membawa sesiapa yang mengeluarkan kenyataan seperti ini ke mahkamah," kata Ibrahim dalam sidang media hari ini.

Ibrahim memberi amaran bahawa kenyataan Hong Eng, amat sensitif kepada orang Melayu dan Perkasa tidak akan berdiam diri.

"Pihak gereja Kristian pun dah ada isu sebelum ini. Kes gereja di Petaling Jaya yang diserbu JAIS, isu murtad. Nampak mereka ini betul-betul nak memusuhi orang Melayu dan orang Islam,” kata beliau.  
 
Dalam pada itu, Perkasa menyeru rakyat Malaysia agar tidak menyertai perhimpunan yang dirancang untuk menyokong Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini.

Perkasa menyifatkan penyebaran risalah dan kenyataan 'Bebaskan Anwar 901' yang menular dilaman maya dan tempat-tempat tertentu mampu menggugat keharmonian negara.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara, yang hormati keluruhan perlembagaan negara supaya jangan turut serta dan jangan terlibat (dengan) pihak berkepentingan politik dan peribadi ini yang boleh menyebabkan rakyat sudah dan keadaan negara haru biru.

"Pada PERKASA ini kerja menghasut dan memperhinakan sistem kehakiman negara dan sekaligus menodai keluhuran undang-undang negara dan ini boleh membawa huru-hara kepada negara," kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman hari ini.

Ibrahim menyatakan pihak tertentu cuba mengambil kesempatan dengan menganggap Anwar tiak bersalah dan cuba melaksanakan huru-hara dengan perhimpunan jalanan untuk menyokong beliau.

Ibrahim turut menolak sebarang konspirasi dalam pertuduhan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan mahu Kerajaan dan Polis tidak berkromponi terhadap pihak yang cuba mempersoalkan sistem kehakiman negara dan 'mencetuskan' revolusi ini.

"Anwar ini menuntut keadilan macam-macam bila kena batang hidung sendiri, dia tak mahu diadili.

"Kita mengutuk pihak yang mengambil kesempatan kerana membela satu individu yang mengambil kesempatan dan dibicarakan dengan begitu lama.

"Perbicaraan lama, saksi telah dipanggil. Bagaimana nak tuduh ia satu konsiprasi pihak pendakwa?," kata beliau


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZJi

No comments:

Post a Comment