Wednesday 28 December 2011

PRU 13 : Pas Ramal Pada Mac Depan


KUALA LUMPUR, 28 DIS : Pas meramalkan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dijangka diadakan pada Mac tahun depan secara serentak dengan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala pembubaran Parlimen dan DUN akan dibuat paling cepat selepas sambutan Hari Tahun Baru Cina pada 23 Januari depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pilihan raya hanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dan DUN dibubarkan dan secara kasarnya tarikh berkenaan akan jatuh pada bulan Mac.

Katanya, ini termasuk tempoh untuk penamaan calon dan persediaan-persediaan lain.

"Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai perkara ini sudah lama iaitu dua atau tiga bulan lepas. Pilihan raya umum tak akan diadakan pada 2011,” katanya.

Mustafa berkata Barisan Nasional (BN) akan mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina nanti.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZRh

No comments:

Post a Comment