Thursday 29 December 2011

Tidak Ada Jawatan Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan


KOTA BHARU, 29 DIS : Istana Kelantan hari ini menjelaskan bahawa jawatan Penasihat Undang-undang Istana Kelantan tidak wujud, lapor Bernama.
 
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood berkata laporan sebuah akhbar hari ini mengenai jawatan itu yang disandang oleh Datuk Sukri Mohamed adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.
    
Beliau mengulas laporan akhbar itu bahawa penasihat undang-undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed, telah membuat laporan polis terhadap blog yang didakwa telah memfitnahnya terbabit dalam penipuan membabitkan jumlah jutaan ringgit.
    
Ahmad berkata berdasarkan kepada Perkara 13(2)(b), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama), Penasihat Undang-undang kepada Sultan Kelantan dan kerajaan Kelantan adalah individu yang sama iaitu Penasihat Undang-undang Negeri.
    
"Sukacita dimaklumkan bahawa tidak terdapat jawatan penasihat Undang-undang Istana Kelantan dalam Waran Perjawatan Pejabat Sultan Kelantan," katanya.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZZf

No comments:

Post a Comment