KUALA LUMPUR 22 DIS : Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan exco dan tidak dipilih semula untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 akan datang.
Ia kerana Hasan berkata, beliau berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya, mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja- raja.
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya ketika disoal dalam program Soal Jawab terbitan TV3 semalam.
Hasan yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor yang sebelum ini mendakwa PAS sudah tersasar dari landasan, berharap agar golongan ulamak kembali menjadi barisan depan parti.
Ia berikutan hanya golongan ini yang mampu membawa kembali PAS ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam.
Hasan menambah, jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJFj

No comments:
Post a Comment