Thursday 22 December 2011

Selangor Kekal Keputusan Lulus Projek Pencawang Cheras


RAWANG, 22 DIS : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor kekal dengan keputusan mengenai pembangunan di satu-satu tempat walaupun tidak mendapat persetujuan sepenuhnya dari seluruh penduduk di kawasan berkenaan. 

Namun Khalid menegaskan keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri adalah berdasarkan hasil kajian pihak ketiga dan diyakini tidak akan memberi kesan teruk kepada penduduk dan rakyat negeri itu.

"Keputusan kita (Kerajaan Selangor) berdasarkan kajian yang tidak akan beri kesan teruk kepada penduduk. Walau bagaimanapun, saya percaya tindakan yang kita buat, tidak mesti dapat 100 peratus persetujuan dari masyarakat," kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan Kompleks Membeli Belah AEON Rawang di sini pagi ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kira-kira 150 orang penduduk dari Cheras yang berhimpun di pejabat beliau dua hari lalu kerana Khalid gagal mengadakan perbincangan dengan mereka sebelum meluluskan projek Pencawang Masuk Utama (PMU) di Taman Mahkota Cheras.

Pada 20 Disember lalu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Bukit Segar Jaya 2 & 3, Cheras Datuk Eadon Ching mendesak Khalid Ibrahim tampil memberitahu penduduk perkara sebenar serta mendengar taklimat dari Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Eadon jika projek bernilai RM91 juta itu diteruskan, penduduk bakal menghadapi pelbagai kesan negatif seperti masalah penyakit, harga tanah dan bangunan jatuh, serta keadaan tanah yang tidak stabil.

Khalid bagaimanapun menyatakan Kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan penduduk di kawasan tersebut bagi memastikan mereka memahami tujuan sebenar Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Khalid tidak menyatakan tarikh pertemuan seterusnya.
"Kita akan terus berkomunikasi secara terbuka dengan mereka, dan memastikan mereka tahu Kerajaan Selangor sentiasa memikirkan kepentingan mereka," kata beliau.

Sementara itu, Eadon ketika dihubungi AntaraPs.com hari ini menyatakan beliau tidak mahu mengulas kenyataan Khalid, sebaliknya mahu Pejabat Menteri Besar mengambil insiatif segera bertemu penduduk.

Beliau turut menyatakan telah menghantar jemputan kepada pejabat Menteri Besar untuk hadir ke taklimat bersama penduduk pada 26 Disember ini di Pangsapuri 

"Kita sudah hantar surat jemputan pada wakil Menteri Besar dan TNB untuk taklimat pada 26 haribulan (Disember) ini,"katanya. 


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJNk

No comments:

Post a Comment