Friday 23 December 2011

Adam Beri Kenyataan Polis Berhubung Ancaman


KUALA LUMPUR, 23 DIS : Polis hari ini mengambil kenyataan Adam Adli Abdul Halim berhubung laporannya kepada polis, mendakwa dia dan keluarganya menerima ancaman selepas tindakannya menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Polis mengambil masa kira-kira 90 minit untuk merakamkan kenyataan Adam pagi ini.

Adam mendakwa dia dan keluarganya menerima ancaman sejak insiden dia menurunkan bendera Najib sewaktu satu demonstrasi menuntut kebebasan akademik di ibupejabat Umno di PWTC hujung minggu lepas

Dia mendakwa pada hari Isnin, dia diserang di pintu masuk ibupejabat polis Bukit Aman selepas menemui pegawai polis berhubung perkara itu.

Pelajar berusia 22 tahun itu enggan memohon maaf terhadap tindakannya itu, dan tetap dengan pandangannya bahawa tindakan itu akan menggagalkan tujuannya memprotes, antara lain, untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi.

Sejurus selepas memberikan kenyataan beliau hari ini, seorang wakil UPSI menemuinya di luar balai polis dan menyerahkan notis memintanya menghadiri sesi pendengaran tatatertib.- Malaysiakini


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJVo

No comments:

Post a Comment