Wednesday 28 December 2011

Perjuangan Hassan Ali Dalam PAS Tak Ke Mana, kata Perkasa


KUALA LUMPUR 27 DIS : Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyatakan Exco Selangor Hassan Ali tidak mungkin dapat memperjuangkan prinsip 3R (Raja, Agama (Religion) dan Bangsa (Race) jika PAS terus bersama DAP.
Menurut beliau tawaran kepada Hassan untuk menyertai PERKASA merupakan tawaran ikhlas  setelah melihat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu  bersungguh-sunguh berjuang di atas landasan yang senada dengan NGO berkenaan.
 
Bagaimanapun Ibrahim tidak menolak kemungkinan pergeseran Hassan dengan pucuk pimpinan Pas hanyalah 'pergaduhan suami-isteri'

"Kita tawar dia (Hassan) secara ikhlas, ia terbuka bila-bila masa nak masuk PERKASA."Tetapi katalah, kalau kata-kata Islam Melayu adalah  kata-kata politik semasa, puncanya sebab dia tak dapat jadi  calon. Kalau esok semua selesai beliau dapat jadi calon PAS, orang dapat tahulah wajah sebenar dia (Hasan).

"Kalau nak teruskan perjuangan Melayu Islam Raja, tak mungkin dengan pendirian DAP ni," kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Ibrahim berkata Hasan sepatutnya menyedari bahawa perjuangan Islam menerusi Pas akan sentiasa dicantas oleh DAP.

"Melihatkan perbezaan antara DAP dan PAS, saya tak yakin mereka boleh kalahkan BN, kalau boleh kalahkan BN pun, saya rasa nak tubuh kerajaan dua-tiga bulan pun tak boleh. Berebut jawatan, kerajaan.

"Kecuali boleh buktikan mereka (PAS dan DAP) boleh bersatu dalam satu ideologi seperti Barisan Nasional, saya tak tahulah bolehkah ke sistem dua parti," kata beliau.

Dua hari lalu, Hasan secara sopan tetapi tegas menolak pelawaan Ibrahim untuk menyertai Perkasa dengan alasan  beliau masih berwadah Pas.

Bagaimanapun Hasan bertikam lidah dengan Setiausaha Agong Pas Mustafa Ali dan Naib Presiden parti Mhafuz Omar setelah beliau mempersoalkan hala tuju PAS dengan peranan ulama yang semakin terhakis.

Kepimpinan PAS pantas menyanggah kritikan Hassan Ali dengan berbagai serangan balas iaitu menuduh beliau sebagai agen UMNO, diperangkap UMNO, kecewa serta berniat jahat. 
 
"Melihatkan perbezaan antara DAP dan PAS, saya tak yakin mereka boleh kalahkan BN, kalau boleh kalahkan BN pun, saya rasa nak tubuh kerajaan dua-tiga bulan pun tak boleh. Berebut jawatan, kerajaan.
 
"Kecuali boleh buktikan mereka (PAS dan DAP) boleh bersatu dalam satu ideologi seperti Barisan Nasional, saya tak tahulah bolehkah ke sistem dua parti," kata beliau.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZJj

No comments:

Post a Comment