Wednesday, 21 December 2011

Mahfuz : Hasan Isytihar Perang Terhadap Pas


KUALA LUMPUR, 21 DIS :Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali  sebagai  “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.

“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, dan mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar (serta) dasar-dasar Pas,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Mahfuz semalam adalah antara tiga tokoh parti itu yang diselar oleh Hasan kerana secara sinis meminta Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor itu meninggalkan Pas.

Dua lagi pemimpin adalah Ketua Penerangan Selangor Saari Sungib dan Setiausaha Agong Pas Datuk Mustafa Ali.

“Beliau (Hasan) telah mengiystiharkan beliau hilang kepercayaan dan tidak lagi boleh menerima dasar-dasar Pas. Bagi saya, sebagai pakar motivasi,  beliau sepatutnya boleh membuat keputusan mengenai masa depannya dalam parti,” kata Mahfuz.

Ditanya mengenai gesaan Hasan supaya Pas menimbang semula konsep negara berkebajikan dan kembali mengutamakan negara Islam, Mahfuz berkata, “Apa yang tidak kena dengan Negara Berkebajikan. Kebajikan itu dituntut dalam Islam,"kata beliau. 

Mahfuz  berkata jika Hasan begitu yakin Pas sudah tersasar daripada akar perjuangannya, tidak ada sebab untuk beliau terus bersama parti itu.

Hasan semalam menggesa Pas supaya kembali ke matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam dengan ulama memainkan peranan penting, sebagaimana matlamat asal penubuhan parti itu.

Beliau berkata konsep Negara Berkebajikan yang menjadi pegangan baru parti itu boleh didirikan oleh mana-mana pihak namun apa yang penting ialah pautan agama yang kukuh.

Pada sidang medianya semalam, Hasan juga melahirkan kebimbangan parti itu yang semakin dikuasai oleh golongan bukan ulama yang cenderung berkompromi demi politik sehingga men ghakis perjuangan asal parti.

No comments:

Post a Comment