Friday 30 December 2011

"Datuk" Hadapi Dua Pertuduhan Menipu Pengarah NFC


KUALA LUMPUR, 30 DIS : Ahli perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat sehingga mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta, antara November dan Disember tahun lalu. 

Shamsulbahrin merekodkan pengakuan itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa menipu Mohamad Salleh supaya menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara pada 25 November hingga 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menjanjikan Mohamad Salleh untuk memberikan “khidmat perundingan” yang diketahuinya tidak boleh ditunaikan, untuk satu jumlah bayaran.

Beliau didakwa melakukan perbuatan di satu restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember.

Mohamad Salleh telah menafikan kaitan keluarga antara "Datuk" berkenaan dengan dirinya dan juga isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarda Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZhj

No comments:

Post a Comment