Wednesday 28 December 2011

Manifesto PR Hanya Indah Khabar Dari Rupa?


KUALA LUMPUR, 28 DIS : Indah khabar daripada rupa, mungkin itulah peribahasa paling sesuai diberikan kepada  Pakatan Rakyat yang kini mencanang manifesto baru setelah gagal menunaikan janji-janji di negeri yang dimenanginya pada pilihanraya umum lalu.
 
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Pakatan Rakyat mahir bermain dengan kata-kata, namun rakyat tidak akan mudah terpedaya sekali lagi dengan janji yang ditawarkan kali ini.

"Di negeri Sabah ini pun mereka memberi pelbagai janji, selepas 2008 sampailah sekarang sebagai contoh mereka janji akan memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada negeri Sabah, tetapi janji itu telah digugurkan dalam Buku Jingga," katanya ketika dihubungi Antarapos.com.

Beliau mengulas Konvensyen Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan di Alor Setar yang akan dijadikan pantas untuk melancarkan manifesto Pilihanraya Raya ke 13. 

Rahman berkata pentadbiran PR di Selangor sejak 2008 cukup untuk membuktikan kerajaan pembangkang gagal memenuhi manifesto mereka yang lalu  biarpun ianya diuwar-uwarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam banyak ceramahnya.

Antara lain kerajaan negeri gagal melaksanakan projek perumahan kos renda, mengekang peruntukan untuk pembangunan pada tahun 2009 dan tahun lalu dan menaikkan kadar pelbagai lessen untuk pemaju perumahan. 

Rahman berkata prestasi lemah kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Selangor khususnya menjadikan pemimpin Sabah dan Sarawak gusar dengan janji-janji pembangkang yang di tabur di Sabah dan Sarawak. 

"Saya tidak boleh menolak janji mereka bahawa mereka akan menaikan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus. Sebagai orang Sabah, rakyat Sabah dan sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya tidak mempunyai alasan untuk tidak menyokong itu.

"Tetapi kebimbangan saya ialah berdasarkan rekod janji-janji Datuk Seri Anwar Ibrahim… semuanya meleset," kata beliau yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Umno. 

Beliau berkata rakyat di Sabah dan Sarawak tidak harus terpengaruh dengan taktik licik yang digunakan untuk mendapat undi mereka. 
 
"Saya takut rakyat akan terpegun dengan 20 peratus itu.  Di dalam parlimen, saya pernah meminta satu komitmen yang kuat daripada Keadilan, bahawa kalau mereka menjadi kerajaan Persekutuan, memberi 20 peratus royalti minyak kepada negeri Sabah, apakah mereka akan mengekalkan peruntukan belanjawan yang tertinggi diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia ke 8, 9 dan 10 ini? 

"Ini kerana kalau diberi royalti 20 peratus, tetapi dalam masa yang sama memberitahu orang Sabah, bahawa oleh kerana kamu sudah mendapat 20 peratus, maka saya akan mengurangkan peruntukan Rancangan Malaysia ke 11 nanti, akhirnya orang Sabah mungkin medapat jumlah yang berkurangan daripada apa yang ada sekarang," katanya.

Rahman berkata sehingga sekarang tidak ada pemimpin yang tampil untuk memberikan ketetapan bahawa PR sanggup memberikan royalty 20 peratus dan tidak mengurangkan peruntukan yang dinikmati dua negeri itu di bawah pentadbiran BN. 

" Akhirnya pada saya itu satu janji yang tidak berasaskan kepada kenyataan sebab saya tahu mereka (PR) tidak akan mampu untuk memberi Sabah, Sarawak dan Terengganu 20 peratus royalti minyak tetapi pada masa yang sama akan mengekalkan negeri-negeri ini sebagai penerima tertinggi dan terbanyak peruntukan Rancangan Malaysia, " katanya.

Malah kata Rahman kegagalan dan kerakusan kerajaan PR hari ini sudah mula menunjukkan belangnya sekali gus menyebabkan ramai ahli PKR sudah tidak meletakkan kepercayaan dan mula keluar parti secara beramai-ramai.

"Saya melihat banyak sebab, dia bukan satu sebab sahaja, tetapi banyak sebab orang telah keluar parti itu, jadi sebab itu saya katakan ya, PR jangan anggap bahawa pilihan raya akan datang ini sama dengan 2008.

"Sebab pada tahun 2008, mereka boleh mengatakan bagi saya kerajaan, saya akan buat terbaik lebih baik 10 kali daripada BN, tetapi sekarang ini mereka akan berdepan dengan rakyat dan terpaksa memberi rekod mereka melalui repot kad Pakatan Rakyat, jadi bukan senang hendak menjadi kerajaan," tegasnya.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZNg

No comments:

Post a Comment