Monday, 19 December 2011

Sah : Dakwat Kekal Diguna Pada PRU 13


PUTRAJAYA, 19 DIS : Dakwat kekal akan digunakan pada pilihanraya umum ke 13 bagi mengelakkan masalah pengundi mengundi lebih daripada satu kali, kata Pengerusi badan itu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Beliau berkata dakwat yang bakal digunakan adalah sama yang di pakai di negara-negara Islam, justeru beliau tidak menjangka sebarang bantahan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.
 
Abdul Aziz juga mengumumkan bahawa semua anggota polis, tentera dan Pasukan Gerakan Am termasuk keluarga mereka akan mengundi lebih awal kecuali jika mereka sedang bertugas dan memohon untuk mengundi secara pos.
 
Timbalan Pengerusi SPR  Wan Ahmad Wan Omar  berkata dakwat itu akan kekal pada jari selama seminggu.
 
Penggunaan dakwat kekal adalah antara syor Jawatankuasa Parlimen Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihanraya yang mengemukakan laporan awalnya kepada Dewan Rakyat awam bulan ini.

No comments:

Post a Comment