SHAH ALAM, 20 DIS : Umno Bahagian Cheras mendesak pengurusan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) memberi penjelasan dan menyelesaikan segala isu berbangkit melibatkan badan itu demi memelihara kreadibiliti perdana menteri dan timbalannya, menjelang pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk Mahadi Abdul Shukor juga berkata Umno Cheras menentang apa sahaja penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Ketetapan itu dicapai menerusi mesyuarat tergempar Umno Cheras petang semalam setelah insiden kekecohan di pejabat mereka dipercayai didalangi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kekecohan itu adalah susulan daripada kenyataan Ketua Bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee sebelum ini yang mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi Eksekutif NFC.
Mahadi menegaskan, Sharizat bukan sahaja perlu menjawab isu NFC tetapi juga menjelaskan tentang kehadiran dua pegawainya bersama NGO yang mencetuskan huru hara dipejabatnya.
"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.
Kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat.
"Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak.
"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya.
Syed Ali pada 13 Disember lalu, menegur Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5hf

No comments:
Post a Comment