KUALA LUMPUR, 20 DIS : Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata PAS semakin tersasar daripada perjuangan asal dan menggesa parti itu supaya mengabaikan konsep negara kebajikan serta kembali kepada matlamat dasar parti.
Dalam sidang akhbar yang sekali lagi bakal mengundang kritikan daripada pimpinan parti, Hasan membayangkan peranan ulamak didalam parti itu semakin terhakis.
Menyentuh kontroversi penggugguran beliau sebgaai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13, Hasan mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib kerana membuat dakwaan sebegitu, sehingga melampaui kuasa jawatankuasa pusat.
Hasan juga membidas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali kerana mendakwa (Hasan) terjerat dalam agenda Umno.
Beliau juga menyifatkan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai ketandusan modal apabila berkata bahawa Hasan bebas untuk meninggalkan PAS.
[Berita penuh menyusul]
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5do
No comments:
Post a Comment