Tuesday 20 December 2011

Pas Dikuasai Bukan Ulama Yang Utamakan Politik, Bukan Agama, Kata Hasan Ali


SHAH ALAM, 20 DIS : Ahli Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata PAS sudah mula dikuasai oleh golongan bukan ulama yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi sehingga mengorbankan prinsip perjuangan parti yang dipertahankan selama ini.

Beliau menyelar tiga tokoh parti itu, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Naib Presiden Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan Selangor Saari Sungib kerana melontarkan tuduhan dan dakwaan  yang negatif dan berniat jahat.

Hasan sekali lagi menegaskan bahawa soal beliau keluar daripada PAS tidak timbul dan segala tindakannya adalah untuk mengukuh dan memperkuatkan parti itu supaya ia tidak kelihatan terumbang ambing dan tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.

“Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong PAS mula mempersoal dan menarik diri daripada memberi sokongan kepada Pas lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan,” tambah beliau pada sidang akhbar di rumahnya.

Beliau berkata tuduhan Mustafa kononnya beliau menyertai agenda Umno untuk melemahkan PAS adalah kenyataan yang bongkak dan angkuh.

Mustafa “menggunakan kuasa Setiausaha Agong untuk melatah dan hilang arah hingga sanggup bermain api fitnah dan meletakkan diri beliau di paras yang rendah dari sudut kewibawaan dan kemampuan mengawal emosi,” kata Hasan.

1 comment:

  1. I wanted to thank you for this great post!! I enjoyed every little bit of it, I have you bookmarked and waiting for all the new stuff you post.
    Honda Accord AC Compressor

    ReplyDelete