Monday, 19 December 2011

Perang Roti Berbaur Rasis

SHAH ALAM, 19 DIS : Sekumpulan individu melancarkan kempen berbaur perkauman di alam siber dengan menggesa pengguna memulau roti Gardenia atas alasan pemilik syarikat itu kroni Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya pengguna digalakkan membeli roti jenama Massimo yang di miliki oleh usahawan terkemuka Robert Kuok.

Sejak sebulan lalu, pelbagai e-mail yang antara lain berbunyi “Mari menyokong  roti Massimo Robert Kuok dan memulau Gardenia yang dimiliki oleh kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sendiri menerima mesej umpama itu dan meminta pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan kempen rasis itu.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan untuk menegaskan bahawa syarikat itu diuruskan tanpa sebarang prejudis agama atau kaum dan berasaskan tahap professionalism semata-mata.

Gardenia berkata Bernas, yang dimiliki oleh Syed Mokthar mempunyai 30 peratus kepentingan dalam pembuat roti itu sejak 2001.

Bagaimanapun Gardenia tidak pernah diarah untuk berurus dengan syarikat-syarikat milik Kuok dalam pembelian bahan mentah seperti tepung, menurut Teresa yang memetik pengurusan Gardenia sendiri sebagai sumber maklumat itu.

Teresa berkata mesej-mesej “perang roti” itu cuba memberi gambaran  bahawa Gardenia berkait dengan BN, Umno dan Bernas yang didakwa anti-Cina, justeru kaum Cina harus memulau roti itu dan membelia jenama lain.

"Saya telah menerima SMS sedemikian. SMS itu ditulis dalam Bahasa Cina. Saya berpendapat SMS itu amat rasis dan tidak boleh diterima,” kata beliau.

http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1539&type='news'

No comments:

Post a Comment