Monday, 19 December 2011

Menteri : Kerajaan Pusat Belanja RM10.2 Juta Bantu Rakyat Miskin Di Selangor

PUCHONG, 19 DIS : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memperuntukan RM102.5 juta sepanjang tahun ini bagi membantu rakyat miskin di negeri Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah tersebut adalah lebih besar berbanding RM13 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.
Menurut Shahrizat, kerajaan BN sentiasa mengetepikan ideologi dan perbezaan politik dalam membantu masyarakat di negara ini, dan amat bersimpati dengan rakyat Selangor yang kurang mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.
Malah, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengingatkan semua kementerian dan agensi kerajaan pusat supaya tidak membezakan ideologi politik, sebaliknya membantu rakyat yang memerlukan bantuan, dan menjadikannya agenda utama kerajaan BN.
“Di Selangor ramai orang miskin, jadi kita melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM102.5 juta untuk tahun ini oleh kerana kerajaan negeri (PR) tidak membantu mereka. Jadi kita (BN) simpati dengan nasib yang menimpa rakyat Selangor dan ikhlas membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan perayaan Krismas anjuran Wanita Parti Progresif Penduduk (PPP) bersama Wanita BN, di I0I Boulevard, Puchong dekat sini semalam.

Menurut Shahrizat lagi, beliau turut menyelar pentadbiran Tan Sri Abd Khalid Ibrahim ekoran tidak menyalurkan bantuan rakyat miskin secara menyeluruh meskipun acap kali mencanang pelbagai skim merakyatkan ekonomi Selangor. 

“Untuk rekod kita kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan RM13 juta sahaja untuk bantu rakyat miskin di negeri itu.

“Sebenarnya hendak mentadbir sebuah negeri dan apatah lagi sebuah negara bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin pembangunan ekonomi di Selangor tidak sehebat yang dicanangkan, cakap memang mudah tetapi hendak mentadbirnya juga bukan mudah…sebab saya lihat mengikut rekod kerajaan negeri Selangor membantu rakyat miskin adalah pada jumlah yang paling minima.

“Untuk rekod yang saya dapat, mereka (PR) hanya membantu rakyat sebanyak RM13 juta sahaja berbanding dengan kita (BN) sebanyak RM102.5 juta,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) berkata kerajaan melalui Program 1Azam juga telah membantu 57,905 orang mendapatkan kerja serta berniaga dalam usaha membasmi kemiskinan, sekaligus memastikan setiap rakyat di negara ini berdikari dan menikmati pembangunan.
Beliau turut berharap majikan, khususnya pihak swasta, dapat menyediakan peluang pekerjaan separuh masa kepada golongan wanita memandangkan sumbangan mereka adalah penting untuk pembangunan ekonomi negara.

Sebelum ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata penglibatan majikan khususnya syarikat swasta dalam menyediakan peluang kerja separuh masa kepada golongan wanita dilihat masih berada di tahap rendah disebabkan oleh persepsi.
Dr Subramnaim berkata walaupun perkara itu terkandung dalam Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa)2010 yang diwartakan di bawah Akta Kerja 1955 tahun lalu, namun sambutan yang diterima masih kurang memuaskan.
Pada majlis itu, Shahrizat turut menyampaikan sumbangan RM100 dan serta hamper barangan kepada 400 keluarga miskin di sekitar Puchong.

http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1536&type='news'

No comments:

Post a Comment