Tuesday 3 January 2012

Wajah Melayu DAP Untuk PRU 13?


SHAH ALAM, 3 JAN : Dua bekas ahli Umno yang kemudian menjadi pengkritik lantang parti itu dilaporkan menyertai DAP dan dijangka menjadi muka baru parti pembangkang itu untuk menarik  sokongan kaum Melayu pada pilihanraya umum akan datang.

Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan Aspan Alias yang kerap mengecam kepimpinan Umno dilaporkan menyertai DAP baru-baru ini.  

Ariff  memberitahu beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno. 

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff Sabri dipetik berkata dalam portal Free Malaysia Today..

Kenyataan itu mungkin di sanggah pihak tertentu setelah beberapa pemimpin itu di Pulau Pinang dan Perak dilaporkan terpaksa mempertahankan diri daripada tuduhan-tuduhan rasuah.

Di Pulau Pinang Timbalan Ketua Menteri P.Ramasamy menyifatkan parti itu di kawal oleh godfather  dan beliau sendiri di asak dengan tuntutan-tuntutan projek daripada akar umbi.

Di Perak, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dibelit dengan tuduhan isterinya diberikan kontrak Dewan Bandaraya Ipoh.
     
DAP yang dijangka bertanding di kerusi majoiriti pengundi Cina dilaporkan cuba mendapat beberapa kerusi tambahan daripada PKR dan PAS untuk bertanding pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Penganalisis politik meramalkan parti itu akan menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Rakyat, menggantikan PKR, berasaskan sokongan pengundi bukan Melayu.

Keadaan itu mencemaskan PAS yang berharap untuk masih melaksanakan hukum hudud di Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri lain, sungguhpun ditentang oleh DAP.  


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpNo

No comments:

Post a Comment