Monday 2 January 2012

Demo UPSI : Polis Tumbuk Muka Saya, Kata Safwan


SLIM RIVER, 2 JAN : Aktivis mahasiswa, Safwan Anang yang dimasukkan ke hospital Slim River, Perak semalam selepas cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim menegaskan bahawa polis telah mengasari beliau.

Safwan yang ditemui di perkarangan Hospital Slim River berkata, beliau akan membawa perkara terbabit ke mahkamah setelah bukti-bukti polis bertindak kasar terhadap mahasiswa diperolehinya.

"Saya akan ambil tindakan mahkamah.Memang dalam kejadian semalam saya dipukul oleh salah seorang anggota polis. Dan sekarang saya masih mengalami kecederaan dimana telah mengakibatkan saya sukar untuk bernafas," tegasnya.

"Kita sedang mengumpul bukti-bukti untuk ambil tindakan terdahap pegawai polis berkenaan.Diharap semua pihak tunggu kenyataan polis yang akan saya buat  dan kenyataan rasmi untuk tindakan selanjutnya selepas ini," katanya memberitahu Antarapos.com.

Laporan lanjut menyusul.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpJm

No comments:

Post a Comment