Wednesday 4 January 2012

Hisham : Polis Akan Berhemah Tangani Demonstrasi Kes Anwar


KUALA LUMPUR , 4 Jan - Polis akan menangani tunjuk perasaan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin depan dalam semangat pengubbalan  Akta Perhimpunan Awam 2011, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata penganjur perhimpunan itu bagaimanapun harus memberi jaminan bahawa penunjuk perasaan itu akan memelihara ketenteraman dan tidak menimbulkan provokasi.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali semalam berkata Pakatan Rakyat akan menghimpunkan 100,00 orang pada Isnin sebagai sokongan kepada Anwar bersabit keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tuduhan liwat ke atas beliau.

Tunjuk perasaan itu tidak mempunyai permit polis. Akta Perhimpunan Awam belum diwartakan sebagai undang-undang walaupun sudah diluluskan oleh Parlimen.

Dalam tempoh peralihan itu, undang-undang sedia ada yang memerlukan permit polis untuk sebarang perhimpunan masih berkuat kuasa.

Bagaimanapun Hishamuddin membayangkang bahawa polis akan mempamerka sifat bertolak ansur jika penunjuk perasaan berkenaan tidak menimbulkan kekecohan.

“Perkara paling penting untuk polis ialah memastikan keselamatan dan ketenteraman awam tetapi pada masa sama ini akan dilakukan selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011,” tambah beliau.

"Penganjur perhimpunan harus menyakinkan polis bahawa apa sahaja yang dirancangkan mereka tidak akan menjejaskan keselamatan orang lain,” tambah Hishamuddin.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkcpdm

No comments:

Post a Comment