Thursday 5 January 2012

Demo Kes Liwat Anwar : PKR Sambut Baik Jaminan Hishamuddin


KUALA LUMPUR, 5 JAN : Parti Keadilan Rakyat sedia bekerjasama dengan polis untuk memastikan perhimpunan anjuran pembangkang sempena keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin depan adalah aman dan teratur.

Timbalan Presidennya Azmin Ali menyambut baik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pollis Negara Tan Sri Ismail Omar yang memperlihatkan kesediaan pihak polis berbincang dengan pembangkang bagi menjamin kelancaran perhimpunan itu.

Pakatan Rakyat berkata 100,000 penyokongnya akan berkumpul di Kuala Lumpur sebagai sokongan kepada Anwar apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memberikan keputusan perbicaraan kes Iiwat Ketua Pembangkang itu. 

Beliau menghadapi penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah dan digugur kelayakkan untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Semalam, Hishamuddin berkata polis akan bertindak mengikut semangat penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 dalam menangani demonstrasi pembangkang itu.

Akta itu yang kini dalam proses diwartakan member hak kepada orang ramai untuk berhimpun secara aman dengan syarat-syarat yang dilonggarkan berbanding sebelumnya.

Tan Sri Ismail berkata pihaknya akan berjumpa dengan penganjur untuk memastikan perhimpunan itu tidak mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Azmin menyifatkan respon polis kepada tunjuk perasaan Isnin ini sebagai “peluang terbaik untuk memulihkan imej polis”.

Dalam pada itu Polis dilaporkan  melakukan risikan terperinci berhubung tunjuk perasaan itu, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid.
   
Beliau berkata ketika ini, PDRM berusaha mengesan pengedar poster, kain rentang, mesej serta blog yang menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan haram itu.
   
"Ini menampakkan bahawa ada orang yang mendalangi perhimpunan ini, bukan sahaja dengan matlamat yang sebenar, tapi ada lagi agenda tersembunyi yang menggugat  keselamatan. Ini yang menjadi kerisauan pada polis untuk tangani bagi menjaga keselamatan orang ramai," kata beliau.  


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkcphl

No comments:

Post a Comment