Wednesday 4 January 2012

Anwar : Raja Petra Guna Media Umno


PETALING JAYA, 3 JAN : Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Raja Petra Kamarudin menggunakan “media Umno bagi menyerangnya dan menyifatkan kritikan bloger kontrovesial dan bekas rakannya sebagai sesuatu yang lazim menjelang pilihanraya.

“Saya selalu tidak komen serangan begini…sama ada ada pilihanraya negeri Sarawak atau pilihanraya  2008 akan muncul orang dengan alasan mereka,” kata Anwar apabila di minta mengulas kritikan terbaru pengarang blog Free Malaysia Today.

“Saya berkawan dengan dia dah lama. Tak pernah pula dia sebut ini pertama kali saya dengar, kata Anwar yang mendedahkan beliau sudah lebih enam bulan tidak berhubung dengan Raja Petra.

Beliau berkata hubungan akrab itu terputus setelah Raja Petra “menyokong” BN pada pilihanraya Sarawak.

Bercakap kepada beberapa media terpilih, Raja Petra  awal minggu ini berkata Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana rakyat tidak boleh menerima seorang gay sebagai pemimpin negara.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memberikan keputusan terhadap tuduhan liwat kedua yang dihadapi oleh Anwar Isnin depan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga terpalit dengan rakaman video seks lucah, menafikan tuduhan itu sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkannya.

Beliau juga mempersoalkan rekod Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan selain mempertikaikan rasional lawatan-lawatan beliau ke luar negara.   

Anwar menjelaskan beliau tidak memegang kuasa Eksekutif di Selangor dan hanya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan negeri.

“Tetapi saya hanya memberikan nasihat kerana Menteri Besar. Saya hanya diminta berbuat demikian berdasarkan pengalaman saya di dalm kerajaan untuk memberi pandangan dan nasihat. Itu saya lakukan,” kata Anwar.  


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpVj

No comments:

Post a Comment