Tuesday 3 January 2012

RPK Bukti Aktivis Semakin Jelak Dengan Anwar, Kata BN


KUALA LUMPUR, 3 JAN : Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional berpendapat serangan Raja Petra Kamaruddin terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim melambangkang rasa tidak puas hati yang semakin membara di kalangan aktivis terhadap Ketua Pembangkang itu.

Bercakap kepada beberapa media terpilih, Raja Petra minggu lalu berkata Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana rakyat tidak boleh menerima seorang gay sebagai pemimpin negara.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memberikan keputusan terhadap tuduhan liwat kedua yang dihadapi oleh Anwar. Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga terpalit dengan rakaman video seks lucah, menafikan tuduhan itu sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata peri laku Anwar semakin mencetuskan keresahan di kalangan aktivis.

Ini akan membawa padah kepada PKR kerana pengundi liberal di kawasan bandar semakin menyedari perjuangan PKR bukan atas prinsip tetapi untuk seorang individu, kata beliau.

Raja Petra yang kini berlindung di London,mendakwa beliau yakin 90 peratus bahawa pelaku dalam video seks Datuk T  adalah Anwar dan ramai rakanya yang mempercayai ketulenan video rakaman  itu.

Dalam wawancara itu Raja Petra juga mempersoalkan rekod Pakatan Rakyat sendiri dalam membanteras rasuah di Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian berkata ulasan Raja Petra menunjukkan ada segmen akvitis yang semakin yakin dengan pakej pembaharuan yang diperkenalkan oleh Najib.

Beliau berkata pada masa sama. PKR gagal untuk menunaikan janji-janjinya, sekali gus membuat aktivis seperti Raja Petra berfikir dua kali sebelum memberikan sokongan bulat kepd parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata orang-orang seperti Raja Petra kini mula menilai Anwar secara kritikal setelah hampa kerana tidak ada pembaharuan bermakna yang dibawa oleh pembangkang di negeri-negeri yang ditadirnya.

Pemimpin-pemimpin PKR semalam menyelar Raja Petra terhadap ulasannya mengenai Anwar.

Setiausaha Agong parti Saifuddin Nasution membayangkan kemungkinan Raja Petra di tekan oleh kerajaan untuk memberi  ulasan berkenaan.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpRi

No comments:

Post a Comment