Thursday 5 January 2012

MB Terengganu : Pemimpin Pas Pembohong Bersiri


KUALA TERENGGANU, 4 Jan - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan beliau bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan desas-desus pembangkang ingin membuat laporan terhadapnya.

Ahmad juga berkata, beliau menyedari  penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pihak tertentu menyatakan Kerajaan Negeri hanya membelanjakan RM4 juta bagi pendidi­kan, berbanding RM9 juta bagi Zoo Kemaman.

“Macam mana mereka boleh kata mcam tu sedangkan bantuan kepada pelajar sahaja sebanyak RM16 juta, Yayasan Terengganu pula belanja RM250 juta manakala e-Book sahaja RM23 juta. Banyak fitnah yang tidak munasabah,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi diuar-uarkan ingin , mengemukakan laporan terhadap Ahmad kepada SPRM hari ini.

“Bawalah (ke SPRM), saya tidak kisah. Ingin saya tegaskan, apabila laporan audit menyatakan ada kelemahan, kita akui kelemahan itu. Tidak semestinya berlaku penyelewengan,” kata Ahmad.

“Kalau semua dianggap ada penyelewengan, payahlah. Saya saman dia sebab fitnah dan dia pula nak lapor kepada SPRM, saya tiada masalah,” katanya kepada pemberita.
“Saya tidak kisah. Saya jadi MB bukan tiga bulan setengah, tapi tiga tahun setengah. Dia sengaja timbulkan isu sebab dia kini dalam keadaan tertekan. Sudah tiga kali dia tipu, inilah pembohong bersiri.

“Apabila saya jawab, dia tiada. Kita bercakap dalam dewan (Sidang Dewan Undangan Negeri) dan apabila dia bohong, kita tidak boleh saman dia sebab dia dilindungi dewan. Tetapi sebelum dia bawa ke dewan, dia bercakap dulu dalam kolum dia di sebuah akhbar pembangkang, macam-macam,” katanya.

Kata Ahmad, dia berasa sangat kecewa kerana setiap kali ingin menjawab persoa­lan atau tohmahan yang dibuat oleh Dr Syed Azman, pemimpin Pas itu seolah-olah ingin mengelak.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkcplf

No comments:

Post a Comment