Monday 2 January 2012

Ezam Tuduh Aziz Bari Rosakkan Agama dan Negara


SHAH ALAM, 2 JAN : Kurang 48 jam selepas mengumumkan hasrat beliau menerima pelawaan menjadi calon pembangkang pada piliharaya umum ke 13, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menjadi sasaran seteru politik yang menuduh beliau sebagai  pengkhianat agama dan bangsa.

Pada ceramahnya di Shah Alam semalam, Senator Mohd Ezam Mohd Nor melontar pelbagi kecaman terhadap Aziz, bekas pensyarah undang-undang di Universiti Isam Antarabangsa (UIA) yang meletak jawatan berkuat kuasa semalam.

Ezam, berkata Aziz bukan ahli akademik tetapi membantu kuasa-kuasa tertentu yang mahu merosakkan asas-asas negara.

Malah, Ezam menuduh Aziz, sebagai membantu sebuah yayasan luar negara menerbitkan buku- buku yang cuba menggalakan Islam liberal dan menyamakan semua agama.

“Saya ada bukti. Berapa banyak buku Azizi Bari yang dibayar royaltinya berpuluh ribu ringgit sebelum diedarkan pun. Mana ada orang buat buku, sebelum jual sudah dapat royalti. Tapi Aziz Bari dapat,” kata Ezam semasa berucap di Perhimpunan Penerangan Perdana di Kompleks Warga Emas, Seksyen 24 , Shah Alam.

“Siapa taja buku dia ? Yayasan daripada Jerman. Yayasan ini jugalah yang menaja pada tahun 2005 International Faith Commission Conference yang mencuba untuk menghimpunkan para intelektual bagi membuat satu ketetapan menyamakan semua agama," tambah beliau.

Ezam juga mendakwa kritikan- kritkan Aziz Bari bersabit dengan intitusi raja tidak boleh disamakan dengan teguran- teguran yang dibuat oleh Umno semasa krisis perlembagaan zaman Tun Mahathir Mohamad.

"Semasa saya di UPSI, saya ditanya oleh seorang pelajar yang sokong dia (Anwar), apa bezanya Umno kritik sultan dulu dengan Aziz kritik sultan ? Saya jawab Umno kritik sultan dahulu untuk pertahankan institusi sultan itu daripada dicemar. 

"Azizi Bari kritik sultan hari ini untuk menyerang seorang sultan yang mempertahankan isntitusi agama daripada dicemuh. Itu beza besar,” tambah beliau.

Minggu lalu, Aziz membayangkan beliau akan menerima perlawaan parti komponen Pakatan Rakyat untuk bertanding kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau menegaskan tidak mahu berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti, sebaiknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen.

Pelbagai pihak meramalkan Aziz akan diberikan tiket untuk bertanding di kerusi parlimen Sabak Bernam yang kini dipegang oleh Umno. 

Aziz adalah anak kelahiran Sabak Bernam dan menetap di Gombak. 


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpJo

No comments:

Post a Comment