Tuesday 3 January 2012

Demo UPSI : Cermin Kereta Safwan Dipecahkan


KUALA LUMPUR, 3 JAN : Muhammad Safwan Anang, 23, mahasiswa yang cedera pada perhimpunan pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Ahad lalu mendakwa cermin keretanya dipecahkan semasa beliau sedang menerima rawatan di hospital.

Isterinya, Masturah Abu Bakar dipetik Malaysiakini berkata, kereta Kenari milik mereka diletakkan di pintu pagar timur UPSI ketika demontrasi diadakan pada awal pagi 1 Januari lalu.

“Saya dapat panggilan dari rakan pada pagi 1hb tu jam 10 pagi. Mengatakan cermin kereta Safwan dipecah. Kawasan letak kereta pintu timur UPSI.

“Safwan masih belum sempat buat report, kesihatan beliau masih tidak mengizinkan,” katanya.

Menurut Masturah, suaminya itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta pagi ini, selepas  mengadu sakit dada setelah menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Hospital Slim River, petang semalam.

Kelmarin seramai 20 aktivis mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam manakala dua lagi cedera telah dikejarkan ke hospital.

Insiden terbabit dilaporkan berlaku kerana aktivis mahasiswa ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai.

Kumpulan mahasiswa itu mendakwa polis telah bertindak kasar dengan “memukul, menendang dan menumbuk” mereka, yang menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang dihantar ke Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.

Dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.

Pemimpin PKR dan DAP mengkritik tindakan kasar polis terhadap kumpulan mahasiswa itu.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan anggotanya bertindak kasar semasa menghuraikan demonstrasi dengan menegaskan “tiada pergelutan” yang berlaku semasa tangkapan dibuat.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpRf

No comments:

Post a Comment