Tuesday 3 January 2012

Demo UPSI : Ada Bukti Video Kekerasan Polis, Kata Mahasiswa


KUALA LUMPUR, 3 JAN : Pergerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)  berkata mereka mempunyai bukti video dan foto yang menunjukkan penggunaan kekerasan oleh polis terhadap pelajar dalam menyuraikan tunjuk perasaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tahun baru 2012.
Mereka juga mendakwa mempunyai saksi yang melihat polis memukul rakan-rakan mereka. 
Seramai 20 mahasiswa ditahan manakala 2 dilaporkan mengalami kecederaan dalam tunjuk perasan membantah  Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.Wakil Bebas dan SMM hari ini membuat laporan polis untuk menggesa Bukit Aman memastikan sebuah siasatan bebas terhadap apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tahun baru 2012.
Mereka diwakili oleh peguam Fadiah Nadwa Fikri.
"Ada ramai saksi yang melihat polis menendang, memijak dan memukul mahasiswa.
"Kami mempunyai bukti video dan foto dalam menghuraikan pelajar terbabit," kata beliau. 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan tuduhan mahasiswa bahawa mereka dikasari oleh anggota polis apabila enggan mengikut arahan untuk bersurai.
 "Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.
"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya.
 Kira-kira 60 penuntut beberapa universiti dilaporkan berhimpun secara haram di pekarangan UPSI atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.
Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Dis lepas, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpVg

No comments:

Post a Comment