Wednesday 4 January 2012

PKR Tuduh Pengeusi NFC Merasuah Polis, SPRM


PETALING JAYA, 4 JAN : Parti Keadilan Rakyat (PKR)  mendakwa Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail cuba merasuah pegawai polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  dengan hampir RM1.8 juta bersabit siasatan projek ternakan lembu daging itu.
 
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya boleh membuktikan bahawa  Mohamad Salleh membayar RM1.755 juta bagi tujuan merasuah pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan polis untuk  mempengaruhi siasatan itu.

"Wang tersebut dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh sendiri," kata Rafizi  pada satu sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Rafizi turut mendakwa tugasan menyogok wang tersebut kepada pegawai SPRM dan PDRM diserahkan Mohamad Salleh kepada Datuk Shamsubahrin Ismail.

Jumaat lalu, Shamsubahrin telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan cuba menipu Dr Mohamad Salleh melibatkan wang berjumlah RM1.755 juta.

Bagaimanapun ahli perniagaan tersebut tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
Rafizi menuduh pihak berkuasa melindungi Dato’ Seri Mohamad Salleh yang juga suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil. 

“Sebaliknya, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas tuduhan cuba menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM,” kata Rafizi. .

“Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak SPRM supaya dengan segera memulakan siasatan ke atas Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan pengurusan NFC atas cubaan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM bagi tujuan mempengaruhi siasatan ke atas skandal NFC,” tambah beliau.

Dalam pada itu Rafizi mengesahkan beliau dipanggil oleh Polis Bukit Aman untuk memberikan keterangan bersabit pendedahan yang dibuatnya mengenai NFC. 

Rafizi berkata beliau  akan membekalkan segala dokumen dan penyata bank NFC yang diterimanya daripada seorang yang tidak dikenali.
 
NFC adalah pojek ternakan lembu yang diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat dengan pinjaman mudah RM250 juta pada tahun 2007. 

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan projek itu gagal menepati sasaran manakala parti pembangkang mendakwa syarikat itu menggunakan dana daripada kerajaan untuk membeli tiga kondominium mewah, tanah di Putrajaya, kereta mewah dan membiayai pakej percutian. 

Sharizat berkata projek itu diterajui oleh suaminya dan beliau tidak ada kena-mengena dengan


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpZk

No comments:

Post a Comment