Sunday 1 January 2012

Demo UPSI - Jangan Salahkan Polis, kata BN


Mahasiswa harus memilih cara yang lebih sihat dan bukan menganjurkan tunjuk perasaan semata-mata untuk menuntut pemansuhan AUKU, kata Setiausaha Barisan Nasional Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
 
"Saya melihat ini sebagai trend tidak sihat bagi pelajar universiti. Saya tidak menghalang mereka meluahkan pendapat. Tetapi untuk mengeluarkan pendapat ini, ada banyak ruang. Tidak semestinya berdemonstrasi sahaja,” kata beliau kepada antarapos.
 
Abdul Rahman mengulas tunjuk perasaan Solidariti Mahasiswa Malaysia yang berakhir dengan polis menangkap 20 siswa manakala dua lagi cedera dalam pergelutan di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah Tanjong Malim awal pagi tadi.
 
Mereka menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti serta menyokong tindaka pelajar UPSI, Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri di Kuala Lumpur bulan lalu.
 
Polis terpaksa menyuraikan perhimpunan itu stelah penganjur engkar arahan untuk membatalkan program bantahan 16 jam itu sempena dengan Tahun Baru 2012.
 
Selain Adam, turut ditahan adalah bebepada pemimimpin dan bekas pemimpin persatuan mahasiswa. Kira-kira 100 pelajar menyertai perhimpunan itu.       

 Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata kumpulan pelajar berkenaan tidak sepatutnya mengekplosatikan kebebasan yang diberikan oleh Perdana Menteri.
 
"Sebenarnya pihak kerajaan telah banyak berlembut dan mengambil pendekatan untuk mendengar pandangan mahasiswa terutamanya janji untuk mengubah beberapa peruntukan dalam AUKU,” kata beliau.
 
“Jadi saya merasa hairan kenapa mahasiswa tidak mahu menunggu sehingga undang-undang peruntukan dalam AUKU itu dipinda untuk membolehkan mereka meluahkan perasaan dengan lebih teratur" tambahnya.

Ditanya kenapa polis bertindak demikian terhadap tunjuk perasaan itu,  Abdul Rahman berkata Akta Perhimpunan Aman masih belum berkuat kuasa walaupun diluluskan Parlimen dan polis perlu mengekalkan keamanan.
 
"Perlu di ingat, Akta Perhimpunan Awam 2011 belum lagi diberi kelulusan oleh Agong. Jadi akta yang lama masih berkuatkuasa. Polis masih ada kuasa untuk menahan sesiapa sahaja membuat demonstrasi tanpa permit" jelas beliau.


"Saya melihat demonstrasi ini, apabila polis minta mereka bersurai, mereka perlu bersurai. Itu ialah undang-undang dan peraturan. Kalau tidak bersurai maka risikonya ialah akan ada yang tercedera atas tindakan polis. Pada ketika itu kita tak boleh menyalahkan polis kerana polis menjalankan tugas" kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata kerajaan Barisan Nasional tidak gusar dalam menerima kritikan namun pihak yang melontarkannya mempunyai kewajipan untuk tidak mencetuskan huru hara.    

"Saya yakin dan percaya majoriti rakyat Malaysia mahukan kedamaian, keamanan, ketenangan. Mengeluarkan pendapat, mengkritik kerajaan itu  lumrah dalam politik Malaysia dan mereka mempunyai ruang yang lain untuk meluahkan pendapat" tambah beliau.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpFo

No comments:

Post a Comment