Friday 6 January 2012

Nik Aziz, Hadi Mampu Jadi PM, kata Hasan Ali


SHAH ALAM, 5 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mahu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan itu kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata selain prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga calon untuk Perdana Menteri  juga perlu diberi perhatian.

"Kita juga perlu melihat sekeliling, terutama sama ada keluarga mereka baik, isteri dan anak-anak yang baik. Ini kerana mereka umpama cermin kepada masyarakat."

"Atas sebab ini, orang yang paling layak memimpin Malaysia dan yang terbaik saya tahu adalah Nik Aziz."

"Jika umur adalah faktor, maka Abdul Hadi boleh. Mengapa Hadi tidak boleh? Kerana dia tidak terlatih di England atau Oxford atau Cambridge?" soal beliau.

Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

"Jika saya mempunyai kuasa untuk membuat cadangan saya akan nama kedua-dua mereka sebagai calon perdana menteri yang berpotensi untuk menerajui negara," katanya.


LINK : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkcpli

No comments:

Post a Comment